Breadcrumbs

Availability: 10000

Pahang Bike Week 2016

Days
Hrs
Min
Sec

Event Details

Reservations Until:01/11/2016 00:00
Starts on:04/11/2016 10:00
Ends on:06/11/2016 00:00

Description

 

Pahang Bike Week 2016 

Pahang Bike Week 2016 yang dianjurkan oleh Pahang Tourism sempena Tahun Melawat Pahang 2017 .. objektif utama Pahang Bike Week 2016 adalah merancakkan perlancongan bermotor di negeri Pahang secara khusus dan memperkenalkan Pahang sabagai destinasi perlancongan pilihan samada di kalangan warga tempatan mahupun luar negara .. 

Pahang Bike Week 2016 dikelolakan oleh Gabungan Pahang Bikers yang terdiri daripada anak-anak Pahang sendiri ..bermula dari 4 hingga 6 Nov 2016 utk edisi julung kali ini, acara terbesar untuk menghimpunkan penunggang-penunggang motorsikal kembara dan lasak dari pelbagai kelas akan berkampung di Pantai Taman Gelora Kuantan dan dikenali sebagai Perkampungan Bikers ..

Perkampungan Bikers (Bikers Village) merupakan satu komponen di dalam Pahang Bike week 2016 .. dengan konsep santai dan bertemakan bikers pulang ke kampung halaman, kami berbesar hati menjemput anda semua untuk turut sama merasai suasana meriah dan harmoninya pulang ke kampung .. perkampungan bikers akan diisi dengan acara2 yang menggamit kenangan zaman kanak-kanak, nostalgia desa, serta suasana nyaman kampung pada suatu masa yang lalu .. dalam masa yang sama 
mengingatkan diri pada pengalaman pertama merantau keluar .. dalam ertikata kembara jiwa untuk masa hadapan .. 

dalam perkampungan bikers, elemen utama penyerapan 'Jiwa Kembara' melalui aktiviti riadah, busker and akustik, suasana sekeliling, elemen-elemen alam, pantai dan lautan disulami dengan jentera2 kembara 2 roda, serta empunya jiwa kembara akan menggegarkan Kuantan dalam satu perarakan raksasa .. kami menggamit anda pemilik, peminat, penunggang kuasa kuda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah sebuah kembara .. perkampungan bikers akan menjadi satu kenangan kembara permotoran anda untuk 2016 .. luangkan masa dan hari dan hujung minggu anda, datang bersama keluarga, sahabat dan rakan-rakan bikers .. 

pasti ada sesuatu untuk anda di perkampungan bikers nanti ..

Location

Visitors Counter